Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin (dua,kanan) menziarahi seorang pesakit kronik, Aton Bogon ketika melakukan walkabout di Kampung Tringgus Bong, Bau. Foto: TVS

Tujuh pemohonan PPRT baharu diterima bagi kawasan Parlimen Puncak Borneo

BAU, 30 Dis: Tujuh pemohonan baharu diterima di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan Parlimen Puncak Borneo bagi membantu membina atau membaikpulih kediaman penduduk yang telah usang.

Daripada jumlah tersebut empat daripada pemohonan itu merupakan daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong manakala tiga lagi daripada kawasan DUN Serembu.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menjangkakan pemohonan akan meningkat pada tahun hadapan.

Menurutnya selaku wakil rakyat di kawasan terbabit maka menjadi komitmen beliau akan terus membantu penduduk khususnya mereka yang kurang bernasib baik.

“Semakin masa berlalu, saya mahu permohonan ini berkurang kerana indikasinya kalau kita banyak pemohonan PPRT bermakna rakyat kita masih banyak yang dikategorikan sebagai miskin,

“Jadi kita mahu bangunkan mereka mempunyai pendapatan yang akan meningkat ekonomi serta sosial mereka seterusnya mereka boleh berdikari dan mereka boleh membuat rumah yang lebih baik daripada PPRT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan acara ‘walkabout’ di kampung Tringgus Bong, Bau di sini.

Menurut Willie, tahun lalu sahaja lebih 30 pemilik rumah di seluruh kawasan Puncak Borneo menerima bantuan dari segi aspek membaikpulih rumah atau pembinaan rumah baharu.

Sementara, Willie mendedahkan fokus seterusnya selepas ini mahu meningkatkan sumber pendapatan penduduk di kawasan tersebut menerusi sektor perlancongan dan pertanian.

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan masih belum lagi menerima sebarang peruntukan sebagai Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Situasi itu sekali gus mengekang beliau untuk mengumumkansebarang  projek yang bakal dilaksanakan di kawasan parlimen terbabit.

“Sejak PRU-15 lalu, saya masih lagi belum menerima atau diberikan sebarang peruntukan sebagai Ahli Parlimen namun yakinlah nanti saya akan menyalurkannya untuk membantu rakyat di Puncak Borneo sebaik sahaja mendapat peruntukkan tersebut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan