Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau ditutup hari ini. Foto Angkatan Pertahanan Awam.

Semua pusat pemindahan sementara di Sarawak ditutup

KUCHING, 28 Dis: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak ditutup hari ini, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Dua PPS yang terakhir ditutup ialah di Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau yang menempatkan tujuh mangsa banjir dan Dewan Kampung Koran, Mawang di Serian bagi menempatkan 57 orang mangsa tanah runtuh.

Sebanyak 21 PPS dibuka di Sarawak apabila hujan lebat pada minggu lepas.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Dis ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pukul 1.10 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan