Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan pemain dan jurulatih Kuching City FC memegang plak penghargaan atas pencapaian pasukan itu layak bermain pada Liga Malaysia pada musim hadapan. - Foto : Kuching City FC

Kuching City ikat empat pemain import baharu perkuat misi Liga Super 2023

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 Dis: Pasukan Kuching City FC kini sudah mempersiapkan 95 peratus barisan pemain untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim depan termasuk empat pemain import baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Iswandi Ali Hassan berkata empat pemain tersebut melibatkan pemain dari Serbia, Uzbekistan, Burundi dan Brazil yang dijangka tiba pada minggu hadapan.

“Untuk pemain import pada musim lepas hanya Yuki Tanigawa dan Abu Kamara sahaja dikekalkan,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Jelasnya lagi sebanyak 70 peratus pemain pada musim lepas turut dikekalkan bagi memastikan momentum kebangkitan itu dapat dibawa untuk misi Liga Super 2023.

Dalam pada itu Iswandy berkata, latihan bagi skuad Kuching City FC dijangka akan bermula pada 2 Januari 2023 dan masih kekal di bawah bimbingan jurulatih Irfan Bakti.

Pada musim lepas Kuching City berjaya menamatkan cabaran Liga Premier 2022 di kedudukan ketiga dengan penyerang sensasi pasukan itu, Abu Kamara, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga dengan 11 gol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan