Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan jengkaut jatuh gaung di Jalan Assan Nunggang, Bintangor, hari ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak.

Jengkaut jatuh gaung, seorang lelaki terkorban

BINTANGOR, 27 Dis: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah jengkaut terjatuh ke dalam gaung di Jalan Assan Nunggang di sini, hari ini.

Mangsa, John Singke, 62, tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.38 petang.

“Pasukan kita berdepan cabaran apabila lokasi kejadian berada pada jarak 400 meter dari jalan utama, keadaan itu memaksa kita membawa peralatan dengan berjalan kaki ke lokasi kerana tiada akses jalan untuk ke jentera,” katanya.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit menggunakan beg pengangkat udara.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.51 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan