Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Reuters

Twitter tidak akan muflis, kata Elon Musk

ByBernama

WASHINGTON, 27 Dis: Ketua Twitter, Elon Musk mengesahkan platform media sosial itu tidak lagi berada “di laluan pantas menuju muflis”, lapor dpa.

Namun, beliau berkata masih banyak yang perlu dilakukan tetapi secara keseluruhan segalanya dalam keadaan baik.

“Kami mempunyai perbelanjaan munasabah yang terkawal, jadi syarikat tidak lagi berada dalam laluan pantas untuk muflis. Ia umpama roller coaster… tetapi secara keseluruhan kelihatannya menuju ke arah yang lebih baik.”

Jutawan itu pada awalnya memberi amaran mengenai Twitter mempunyai prospek muflis hanya beberapa minggu selepas beliau mengambil alih platform media sosial.

Dalam e-mel pertama kepada pekerja pada November, beliau menulis, “Selepas membeli Twitter bernilai kira-kira AS$44 bilion pada penghujung Oktober, beberapa perubahan drastik dilakukan sambil memberi tumpuan kepada kebebasan bersuara. Kemudian syarikat kehilangan separuh daripada 100 pengiklan utamanya yang membentuk sebahagian besar pendapatan Twitter.”

Sejak itu Musk berusaha menjana pendapatan termasuk mengenakan bayaran AS$8 sebulan untuk tanda semak biru Twitter (AS$11 untuk pengguna iPhone). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan