Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Pencak Silat Sarawak meraih lapan pingat dalam Kejohanan Silat Kebangsaan di Johor, baru-baru ini.

Pasukan Pencak Silat Sarawak raih lapan pingat pada Kejuaraan Silat Kebangsaan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 26 Dis: Pasukan Pencak Silat Sarawak meraih lapan pingat dalam Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-20 di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Johor pada 19 hingga 23 Disember lalu.

Pengurus Pasukan Pencak Silat Sarawak, Jordan Iskandar Shamshudin berkata, atlet Muhd Amizul Azmi dan Zulaika Razaman masing-masing memperoleh pingat emas dalam kategori Tanding Kelas A Putra dan C Puteri.

Beliau yang dihubungi TVS pada Ahad berkata, pingat perak dimenangi Mohd Azrie Tiong bagi kategori Bebas 1 Putra dan Nazryen Shah Bebas 2 Putra.

Bagi pingat gangsa, Zureen Zulaika dan Mohd Shamiezal berjaya meraih pingat selepas kejayaan mereka dalam kategori Tunggal Puteri dan Solo Kreatif manakala Muhamad Hisyam dan Raveena Jeno berjaya meraih dua lagi pingat gangsa dalam kategori Tanding Kelas J Putra dan Kelas E Putri.

Seramai 21 orang atlet silat Sarawak menyertai kejohanan itu dengan lapan pegawai pengiring termasuk jurulatih.

“Dua atlet kita yang memenangi emas pada kejohanan lepas diserap masuk ke dalam pasukan kebangsaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan