Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Foto: Awang Azmil (TVS)

Tular tikus jamah ayam goreng, kedai makan diarah tutup 14 hari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan penutupan selama 14 hari dan enam notis kompaun terhadap sebuah kedai makan di Pandan Indah, di sini susulan tular video memaparkan tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selepas menjalankan pemeriksaan di kedai makan itu semalam, pasukan penguat kuasa kesihatan Bahagian Kesihatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan.

“Sehubungan itu, tindakan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, enam notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terhadap premis tersebut kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

Menurutnya, KKM menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelakkan keracunan serta wabak penyakit bawaan makanan.

“Pengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (bersih, selamat dan sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana JKN atau PKD terdekat atau melayari laman sesawang http::/moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 15 saat yang merakamkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan