Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee turun padang melawat mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simunjan No.1.

Rodiyah turun padang lawat mangsa banjir di kawasan Batang Sadong

SIMUNJAN, 24 Dis: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee turun padang melawat mangsa banjir di daerah Simunjan yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simunjan No.1 hari ini.
 
Rodiah berkata, semua mangsa banjir yang dipindahkan di PPS itu  berada dalam keadaan selamat bersama keluarga masing-masing.
 
“Seramai 15 keluarga (42 isi rumah) berada di PPS ini dan dijangka pulang ke kediaman masing-masing sekiranya keadaan mengizinkan.
 
“Terima kasih kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anggota kebajikan, pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) anggota tentera yang bertugas  memantau keadaan mangsa banjir di PPS,” katanya.
 
Turut mengiringi beliau dalam lawatan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, Pemangku Residen Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pemangku Pegawai Daerah Simunjan, Zainap Halip.
 
 
Terdahulu, pada sebelah pagi tadi Rodiyah sempat singgah ke rumah panjang Kampung Benat Hulu untuk memantau keadaan banjir dan sempat bertanyakan keadaan banjir di situ kepada Ketua Ranting Benat Hulu, Berniam ak Sumpit.
 
Sistem perparitan yang tersumbat dikenal pasti menjadi punca berlaku banjir di kawasan berkenaan.
 

Pada semalam seramai 27  orang penduduk kawasan Kampung Gedong meliputi Lubok Punggur, Spaoh dan Gumpey dipindahkan ke PPS yang pertama  di dewan Lubok Bunting selepas kediaman mereka di landa banjir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan