Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hajemir Abol dari Kampung Baru Hilir menjaga anaknya yang terlantar sakit akibat tersumbat saluran air kencing di PPS SK Kampung Baru. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Banjir: 27,736 mangsa ditempatkan di 153 PPS – Armizan

ByBernama

KOTA KINABALU, 24 Dis: Seramai 27,736 orang melibatkan 8,666 keluarga masih ditempatkan di 153 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri yang masih mengalami banjir iaitu Sabah, Sarawak, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor, setakat jam 2 petang ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, semua PPS di Selangor dan Pahang telah ditutup.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan luruan kedua monsun dijangka berterusan hingga 27 Disember ini dan Amaran Hujan Berterusan Siri Ketujuh dikeluarkan 14 Disember lepas masih berkuat kuasa bermula 17 Disember.

“Tiga Amaran Ribut Petir dikeluarkan di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu Armizan yang melawat Tanjung Aru Baru di sini hari ini, dalam kenyataan sama berkata, fenomena air pasang besar dan angin kencang yang berlaku sejak dua hari lepas mengakibatkan tiga rumah atas air roboh dan 27 rumah mengalami kerosakan di kawasan itu.

Beliau berkata, 674 orang daripada 164 keluarga dipindahkan ke lapan PPS di negeri ini akibat banjir dan air pasang besar, iaitu di daerah Kota Belud, Pitas dan Kota Kinabalu.

Katanya, di Sarawak, empat daerah iaitu Betong, Kuching, Samarahan dan Serian terjejas banjir dengan 17 PPS dibuka, melibatkan 1,150 mangsa daripada 298 keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan