KUCHING, 24 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis Amaran Hujan Berterusan (Buruk dan Berterusan) yang dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Berdasarkan amaran yang dikeluarkan MetMalaysia pada 1.40 tengah hari tadi, hujan diramal berterusan mulai hari ini hingga Isnin (26 Dis).
Hujan lebat berterusan (Buruk) dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu di Sandakan, Kudat, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.
Amaran hujan berterusan (Waspada) bagi Sarawak, diramal berlaku di Miri, Subis, Beluru, Marudi dan Limbang manakala di Sabah, di pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat. Kawasan lain yang terkesan adalah di WP Labuan. – TVS