Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Foto: TVS

Ramai ibu bapa minta sesi persekolahan kembali bermula Januari

NIBONG TEBAL, 24 Dis: Takwim persekolahan Kementerian Pendidikan akan kembali bermula pada Januari seperti sebelum ini namun tidak dilaksanakan pada tahun depan, kata  Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurut beliau, pihaknya menerima banyak permintaan untuk sesi persekolahan kembali seperti sebelum pandemik, namun begitu para ibu bapa perlu memberikan masa kepada proses berkenaan berhubung ia terikat dengan Akta Pendidikan 1996 yang memerlukan sesi persekolahan selama 190 hari setahun.

“Kita ke arah itu, tapi bukan tahun depan.

“Terdapat justifikasi-justifikasi perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti perlu ikut Akta Pendidikan dan bagi mengelak kacau ganggu proses pendidikan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Bersama Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal di sini, hari ini.

Tambah Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malayisa (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Umum mengetahui, sesi persekolahan berubah selepas pandemik COVID-19 melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila takwim persekolahn bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan