Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran di Jalan Bayong Sarikei pada awal pagi tadi.

Lelaki terselamat, rumah dan kereta musnah dalam kebakaran

SARIKEI, 23 Dis: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Jalan Bayong pada awal pagi tadi.

Mangsa Lee Man Kwong, 44, dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika berusaha untuk menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata kejadian turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai milik mangsa musnah.

“Kebakaran berlaku di kediaman berstruktur jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan lebih kurang 40 kaki. Mangsa yang berusia 44 tahun sempat menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran tersebut ketika mangsa sedang tidur dan terjaga selepas merasa bahang panas kebakaran.

“Akibat daripada kejadian tersebut, beliau mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau menambah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.19 tengah malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

Pasukan berjaya mengawal api daripada merebak katanya lagi walaupun pada peringkat awal pihak Bomba berdepan kesukaran menjejaki lokasi susulan alamat kejadian yang diberikan kepada pihaknya tidak tepat selain kesukaran akses untuk jentera.

Malah jelasnya, kekuatan anggota serta peralatan pemadaman terpaksa dipindahkan ke kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) kerana laluan ke rumah mangsa tidak boleh dilalui jentera.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.30 pagi sebelum tamat sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan