Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) meninjau kawasan tanah runtuh ketika operasi SAR di Batang Kali. Foto: Hasnoor Hussain/Reuters

Batang Kali: Penggalian ulangan di setiap sektor lebih 70 peratus, fokus sektor C

ByBernama

BATANG KALI, 23 Dis: Kerja-kerja penggalian ulangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini, telah melebihi 70 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata operasi pada hari kelapan ini memberi tumpuan penggalian di sektor C (Riverside) bagi mengesan mangsa terakhir berkenaan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Runtuhan tanah Batang Kali libatkan 450,000 meter padu tanah
  2. 2. Tanah runtuh terburuk tahun ini di tapak perkhemahan di Batang Kali
  3. 3. Jalan Batang Kali-Genting dijangka dibuka kepada pengguna motosikal seminggu lagi

“Kekuatan keanggotaan pasukan SAR hari ini adalah sebanyak 91 orang dan dibantu sebanyak sembilan unit anjing pengesan (K9) selain sembilan unit excavator,” katanya kepada Bernama.

Pencarian mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki telah dimulakan pasukan penyelamat kira-kira 8 pagi ini.

Tragedi tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan