Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui di sidang media Ambang 2023 Stadium Perpaduan Kuching di Bangunan Baitulmakmur, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Sambutan Ambang Tahun Baru 2023, pindah ke Stadium Perpaduan

KUCHING, 23 Dis: Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 Peringkat Negeri Sarawak dipindahkan dari Tebingan Sungai Kuching ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 31 Disember ini.

Pengumuman Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah itu selepas mengambil kira situasi hujan yang berlarutan selama beberapa hari ini.

Menurutnya terdapat beberapa acara tidak akan diadakan pada sambutan yang bertemakan ‘Let’s Celebrate Together’ anjuran Majlis Seni Sarawak (MSS) itu.

“Disebabkan berlakunya musibah banjir, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan tetapi Sambutan Tahun Baru 2023 mesti diteruskan.

“Hikmahnya adalah semua yang hadir akan berada di dalam stadium tertutup yang berhawa dingin dan tidak akan berhujan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Ambang 2023 Stadium Perpaduan Kuching di Bangunan Baitulmakmur, Kuching di sini, hari ini.

Abdul Karim memberitahu persembahan pentas dikekalkan seperti perancangan sebelum ini termasuk acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api.

Antara barisan artis popular menurut beliau akan mewarnai pentas malam itu ialah Dato’ Awie, Dato’ Aishah dan ramai lagi serta persembahan hiburan kesenian iaitu Kumpulan Tarian Hip-Hop, Kumpulan Gerini Tari Limbang dan The Little Bird Dion Das.

Berikutan kapasiti stadium terhad iaitu sekitar 3,000 hingga 3,500 orang sahaja, Abdul Karim memberitahu pihak penganjur turut menyediakan skrin paparan LED di perkarangan stadium bagi membolehkan mereka yang berada di luar stadium menyaksikan persembahan.

“TVS juga akan membuat siaran langsung sambutan Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 Peringkat Negeri Sarawak termasuk persembahan bunga api,” katanya lagi.

Sementara, katanya lagi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan merasmikan sambutan malam berkenaan.

Tiket masuk secara percuma akan disediakan oleh MSS serta waktu pengedarannya akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan