SIBU: Seorang suami membuat laporan polis selepas menyedari isterinya telah menghilangkan diriĀ sejak 8 Disember lalu.
Kejadian disedari pengadu apabila isterinya yang dikenali sebagai Wong Lim, 62, dilaporkan keluar dari rumah sekitar jam 8.00 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili mengesahkan satu laporan polis berkaitan kes di Balai Polis Lanang semalam.
“Pengadu berusia 58 tahun yang bimbang akan keselamatan isterinya telah bertindak membuat laporan polis pada 2.02 petang semalam (Rabu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menyalurkan maklumat di Balai polis berdekatan dengan menghubungi talian 084-211221 atau Pegawai penyiasat kes, Sjn Abdul Rahman di talian 0143177026. – TVS