Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Potensi peningkatan dalam pengeluaran LNG dari kilang Bintulu itu membolehkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperbaharui kontrak LNG jangka panjang yang tamat tempoh dengan pelanggan Jepun. Gambar hiasan

Harga minyak mentah meningkat susulan penurunan stok di AS

ByBernama

NEW YORK, Dec 22: Harga minyak mentah meningkat pada Rabu selepas data menunjukkan penurunan ketara jumlah simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari menokok AS$2.06 atau 2.7 peratus kepada AS$78.29 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent bagi penghantaran Februari meningkat AS$2.21 atau hampir 2.8 peratus, untuk ditutup pada AS$82.2 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS pada Rabu melaporkan inventori minyak mentah negara itu berkurangan sebanyak 5.9 juta tong pada minggu berakhir 16 Dis.

Penganalisis yang ditinjau oleh S&P Global Commodity Insights menjangkakan bekalan minyak mentah AS akan meningkat sebanyak 0.6 juta tong.

Menurut EIA, jumlah inventori gasolin motor meningkat 2.5 juta tong minggu lepas manakala inventori bahan api sulingan susut 0.2 juta tong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan