Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Envato

Kadar jangka pendek kekal stabil hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM58.10 bilion dalam sistem konvensional dan RM35.69 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri daripada tender RM3 bilion untuk jangka masa tujuh hari, tender RM2 bilion (14 hari) dan tender RM1 bilion (21 hari), serta tender repo berbalik melibatkan nilai RM305 juta selama 90 hari.

BNM turut menawarkan tiga tender Qard, iaitu tender RM1.5 bilion selama tujuh hari, tender RM500 juta untuk 14 hari dan tender RM200 juta bertempoh 21 hari.

Selain itu bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM51.4 bilion dan RM32.5 bilion untuk tender semalaman murabahah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan