Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak Dennis Ngau berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi dan Videografi Sarawak di Plaza Merdeka. Foto: Sheera Abg Mansor (TVS)

Peserta 8 tahun antara pemenang Pertandingan Fotografi dan Videografi Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Dis: Peserta berusia 8 tahun antara pemenang bagi Pertandingan Fotografi dan Videografi Sarawak 2022 yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) pada 10 November hingga 15 Disember yang lalu.

Pengerusi STB, Dennis Ngau menzahirkan kegembiraan melihat penglibatan anak muda yang berkongsi minat mereka mengenai Sarawak melalui fotografi dan videografi menerusi pertandingan tersebut.

Menurut beliau lagi penglibatan mereka ini sekali gus mempamerkan bakat anak-anak muda yang bijak menerusi seni bercerita.

“Kami menerima jumlah penyertaan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah keseluruhan 221 peserta yang melibatkan 1,268 keping gambar dan 61 video yang diterima.

“Daripada jumlah itu, 16 peratus adalah penyertaan dari orang luar dan lebih mengagumkan lagi, seorang peserta kanak-kanak berusia 8 tahun diangkat sebagai pemenang dalam kategori fotografi iaitu Bernice Lau Yee Ting yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi dan Videografi Sarawak di Plaza Merdeka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan itu mengakui kedudukan Sarawak di dalam Malaysia yang kaya dengan produk ekopelancongan menjanjikan pengalaman yang asli menjadikan Sarawak sebagai destinasi pilihan yang mempunyai pelbagai permata tersembunyi yang dinanti-nantikan.

“Seperti permata tersembunyi Sarawak, kita perlu memupuk bakat terpendam dan STB menambah kategori khasnya kepada pelajar untuk edisi kali ini. Kami percaya dengan memanfaatkan dan membangunkan bakat tempatan kita dalam bidang seni bercerita visual dalam platform ini serta dapat menemui bakat terpendam mereka khasnya belia Sarawak.

“Dengan itu, kita perkenalkan tiga kategori baharu dalam video dokumentari dengan bertemakan ‘Responsible Tourism’ dan diharap dapat memberi inspirasi dan mendedahkan kepada penonton mengenai pengembaraan Sarawak,” tambahnya.

Seramai 28 pemenang memenangi dalam kategori fotografi yang melibatkan golongan pelajar, Amatur dan Profesional serta 6 lagi pemenang memenangi dalam kategori videografi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan