Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, hari ini. Foto: Bernama

Terima kasih dan penghargaan atas sokongan yang jelas dan tegas – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan hari ini telah membawa satu Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri dan berjaya membuktikan keabsahan dukungan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan yang didambakan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10, apabila Usul Undi Percaya terhadapnya diluluskan dengan lebih suara bersetuju pada hari pertama Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-15 hari ini.

Keabsahan Ahli Parlimen Tambun itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, yang mengumumkan keputusan tersebut selepas undian suara dibuat sebaik 13 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selesai membahaskannya.

Terdahulu usul itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan disokong seorang lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan