Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 capai kejayaan dalam segenap aspek

ByBernama

DOHA, 19 Dis: Penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah melakar satu kejayaan selain mencapai tahap kecemerlangan tertinggi mencakupi segenap aspek dan dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi bagi Penyampaian dan Legasi (SC) Hassan Al Thawadi.

Beliau berkata, edisi Piala Dunia ke-22 mempamerkan usaha Qatar yang mengagumkan terutama berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza budaya dan agama dari seluruh dunia, selain menyampaikan mesej keamanan melalui sukan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Al Thawadi berkata, kejohanan itu juga mencerminkan imej terbilang rantau ini dan keupayaan besar Qatar dalam menjayakan sebarang acara sukan.

Beliau berkata, Piala Dunia tahun ini satu daripada edisi Piala Dunia terbaik dari segi kehadiran peminat di dalam dan di luar stadium. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan