Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan nelayan asing yang menceroboh perairan negara ini di Pulau Pinang dengan sebuah bot nelayan semalam. Foto: APMM

APMM tahan 9 nelayan asing curi hasil laut negara

GEORGE TOWN, 19 Dis: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sembilan nelayan dari negara jiran selepas didapati menceroboh sempadan perairan negara dipercayai bagi menangkap hasil laut.

Menurut Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed, pihaknya menahan dua buah bot dari Indonesia menerusi Op Tanjung pada operasi Jumaat lalu dan semalam.

“Sebuah bot nelayan berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara ditahan pada kedudukan 26 batu nautika barat Pulau Kendi bersama empat kru warga Indonesia berusia 35 hingga 50 tahun pada semalam.

“Pada 16 Disember, APMM turut menahan bot berpangkalan di Tanjung Balai di 19.8 batu nautika barat daya Pulau Kendi bersama lima kru warga Indonesia berusia 13 hingga 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan mendapati kesemua nelayan tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan negara ini.

“Bot dan kru yang ditahan termasuk hasil laut telah dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM bagi siasatan lanjut

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berbeza, Abd. Razak berkata, pihaknya menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar di atas sebuah bot tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak pada kedudukan 71 batu nautika barat Pulau Kendi pada 16 Disember lalu.

Ujarnya, PATI berusia 35 hingga 50 tahun yang tiada dokumen pengenalan diri itu disyaki bekerja sebagai nelayan tanpa memiliki permit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan