Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) pada majlis penutup program pemantapan High Performance Team (HPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini malam tadi. Foto: TVS

HPT di Langkawi melabuh tirai dengan tema Piala Dunia

LANGKAWI, 18 Dis: Program pemantapan High Performance Team (HPT) 2022 melabuhkan tirai malam tadi selepas lebih 200 peserta berkampung di sini selama empat hari sejak 14 Disember.

Acara penutup diadakan dalam suasana meriah menerusi majlis makan malam bertemakan bola sepak Piala Dunia apabila peserta mengenakan jersi pasukan pilihan.

Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat dari kiri) hadir pada majlis makan malam sempena penutup program pemantapan High Performance Team (HPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini malam tadi. Foto: TVS

Acara makan malam itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh peserta-peserta program.

Abang Johari dan Juma’ani turut mempamerkan bakat nyanyian masing-masing dengan mempersembahkan lagu berjudul Kuda Hitam, Yale Yale, Empat Dara dan Cinta Hampa.

Turut diadakan adalah penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang pada acara International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) yang diadakan di Jakarta, Indonesia bulan lalu.

Antara pemenang ICQCC ialah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bahagian Bintulu dan Kuching serta Majlis Bandaraya Miri.

Program HPT 2022 bertemakan ‘Revisit, Rethink and Recharge’ itu mengumpulkan ketua-ketua jabatan dan pegawai dari agensi kerajaan negeri, jabatan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Acara itu dianjurkan bagi membincangkan idea-idea baharu dan inovasi dalam mempertingkatkan perkhidmatan Sarawak Civil Service (SCS) dalam usaha membangunkan negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan