Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya merakam kenangan bersama peserta pada majlis Penutupan Kem Integriti Mahasiswa Universiti (KIMASU) Tahun 2022. Foto: Datuk Dr Juanda Jaya

Statistik SPRM: Pelajar IPT cenderung terlibat rasuah sejak 2020

KUCHING, 17 Dis: Statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa seramai 275 belia termasuk dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan kakitangan awam ditahan SPRM sejak 2020 kerana terlibat dalam gejala rasuah.

Daripada jumlah itu, 21 orang belia berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 254 lagi dalam kalangan umur 24 sehingga 30 tahun.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya dari jumlah keseluruhan tersebut, 70 orang ditahan kerana memberi rasuah, 123 orang ditahan kerana menerima rasuah dan selebihnya atas kesalahan rasuah yang lain.

Katanya statistik tersebut merupakan satu bentuk kesedaran untuk semua kerana ada dalam kalangan belia yang terbabit merupakan pelajar IPT.

“Ini jelas menunjukkan belia, sebenarnya agak mudah terperangkap dalam godaan dan gejala rasuah, malah godaan rasuah hanya akan semakin bertambah terutamanya apabila pelajar memasuki alam pekerjaan.

”Bayangkan, jika adik-adik yang susah payah mendapat segulung sijil diploma atau ijazah, kemudian mendapat pekerjaan yang bagus, karier yang cerah, menjadi kebanggaan ibu bapa tetapi ditangkap kerana menerima atau memberi rasuah,

“Ini sudah tentu merupakan satu perkara yang amat memalukan diri sendiri dan keluarga serta kehilangan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam merasmikan Program Penutupan Kem Integriti Mahasiswa Universiti (KIMASU) Tahun 2022 di Dewan Utama Desasiswa Universiti Sains Malaysia pada Jumaat.

Oleh itu, Juanda berharap, dengan adanya program KIMASU tersebut, anak muda dapat lebih mengenai nilai integriti, mengukuhkan asas moral dan jati diri, serta melahirkan sifat membenci rasuah.

“Adalah menjadi harapan saya agar segala pendedahan dan pengetahuan mengenai rasuah dapat dijadikan sebagai benteng daripada terperangkap dalam godaan dan gejala rasuah,” ujarnya.

Dr Juanda percaya terhadap usaha memerangi rasuah berkait rapat dengan peningkatan sahsiah dan moral individu serta integriti masyarakat.

“Setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing dalam menjuarai integriti. Bukan sahaja menjadikannya sebagai salah satu daripada prinsip dan nilai kita sahaja, tetapi, juga memastikanya diaplikasi dalam setiap tindakan seharian kita,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan