Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof Foto: Facebook Fadillah Yusof

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara – TPM

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Dis: Seramai tujuh rakyat Sarawak yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai telah selamat pulang ke tanah air.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rakyat Malaysia diminta untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaaan dari luar negara khususnya yang diterima menerusi media sosial.

“Kita kena berhati-hati sekiranya ada tawaran gaji yang lumayan.

“Biasanya perkara seperti itu banyak yang tidak benar, oleh sebab itu penting untuk kita menyiasat atau menyemak terlebih dahulu tawaran yang diterima,” kata Fadillah dalam satu sidang media khas di sini, hari ini.

Katanya lagi, banyak bentuk penipuan berlaku ketika ini yang perlu masyarakat cakna terhadap keselamatan diri.

“Saya harap ini dapat memberi pengajaran kepada mereka dan mungkin dengan pengalaman ini mereka dapat berkongsi dengan masyarakat yang lain,” ujarnya lagi.

Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu lagi pelbagai pihak tampil membantu untuk membawa pulang rakyat Sarawak yang menjadi mangsa penipuan tersebut.

“Saya telah memohon kepada pihak Sarawak Volunteers untuk menerusi bantuan kos tambang balik dari Dubai ke Malaysia.

“Dan yang lain juga banyak dibantu oleh Wisma Putra dan Pejabat Kedutaan Malaysia serta beberapa kumpulan tertentu,” kata Fadillah.

Mangsa-mangsa tersebut berada dalam lingkungan antara 20 hingga 28 tahun di mana enam daripada mereka berasal dari Parlimen Petra Jaya manakala seorang dari kawasan Parlimen Santubong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan