Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman. Foto: TVS

GPS mahu pastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Persekutuan – Fazzrudin

ByNazirah Adlina

KUCHING, 17 Dis: Perjanjian persefahaman kerjasama Kerajaan  Perpaduan Malaysia yang ditandatangani Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan bermaksud GPS hilang statusnya sebagai parti berkecuali tetapi bertujuan memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, GPS masih GPS dan ia bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan ini bukan Kerajaan Persekutuan PH, tetapi ia adalah kerajaan yang dibentuk oleh himpunan parti yang mempunyai objektif yang sama iaitu untuk membawa kestabilan kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perjanjian persefahaman kerjasama itu ditandatangani PH, Barisan Nasional (BN), GPS, Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) dan Warisan semalam.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyatakan GPS berhak menarik sokongannya terhadap Kerajaan Persekutuan sekiranya hak dan status Sarawak dipersoalkan.

“Jika ini berlaku, GPS tidak akan kehilangan ahli parlimennya kerana Ahli Parlimen GPS sebelum ini bertanding di bawah simbol GPS dan sekiranya ia meninggalkan Kerajaan Perpaduan, keputusan akan dibuat sebagai satu blok dan bukan oleh Ahli Parlimen individu – ini tidak melanggar Undang-undang Anti-Lompat Parti,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, Sarawak mesti mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam mengetengahkan perkara yang tidak dapat diselesaikan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk Sarawak dan Sabah.

“Datuk Seri Anwar telah memberikan mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk tuntutan MA63 yang tertunggak ini diselesaikan secepat mungkin dan kami menjangkakan pemulihan hak-hak yang terhakis kepada Sarawak.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan