Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat ke lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, hari ini. Foto: Bernama.

Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh

ByBernama

BATANG KALI, 17 Dis: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini hari ini.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut oleh Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis di bilik gerakan operasi.

Terdahulu, operasi SAR 12 lagi mangsa yang belum ditemui disambung semula jam 8 pagi tadi.

Insiden sekitar jam 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan