Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Facebook Bernama

Tanah runtuh: 37 individu berjaya diselamatkan di tapak perkhemahan dekat Gohtong Jaya

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, ekoran tanah runtuh awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Tanah runtuh: PM arah misi mencari dan menyelamat dibuat secara rapi, menyeluruh
  2. 2. Tanah runtuh Batang Kali: Lapan maut, 60 ditemukan selamat setakat ini

Beliau berkata tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

“Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan