FILEM popular 90an Sembilu dan Maria Mariana lakonan primadona Erra Fazira dan Ziana Zain nampaknya terus mekar dalam ingatan para peminat mereka.
Ini terbukti apabila kedua-dua filem berjaya berada di tangga teratas senarai program paling ramai penonton di TV Sarawak (TVS) bulan Mac 2021.
Lakonan mantap serta jalan cerita Sembilu dan Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam nampaknya meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kini walaupun memecah panggung lebih 20 tahun lalu.
Penuh satu panggung Cathay, Lido dan Odeon sekiranya pelakon utama filem tersebut datang untuk mempromosikan filem mereka.
Impak dari filem tersebut ramai yang membeli motorsikal besar seperti Harley and Davidson, Virago, Vulcan ,Shadow atau seangkatan dengannya untuk meniru artis kesayangan mereka Awie seperti di dalam filem Sembilu.Â
Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 47 merupakan salah seorang watak utama dalam filem Sembilu, Sembilu 2 dan Maria Mariana dan sehingga sekarang Erra Fazira masih mempunyai peminat yang meminati nya sejak dari awal kemunculannya pada tahun 1993.
Siapa boleh lupa watak Watie yang dimainkan Erra dalam Sembilu dan watak Inspektor Maria dalam filem Maria Mariana?
Peminat setianya sudah pasti mempunyai sebab mengapa mereka masih meminati wanita yang sering membawa watak lemah lembut seperti dalam filem yang dibintangi nya pada tahun 90an.
Bagi Salina Yusuf, minatnya terhadap Erra Fazira telah membuatkannya menamakan anaknya Erra Fazira kerana terpikat dengan keayuan dan sifat lemah lembut pelakon tersebut.
Sebut sahaja nama filem Erra Fazira hampir kesemuanya sudah ditonton nya di wayang televisyen.
Sebagai bukti, beliau telah berkongsi kad pengenalan anaknya untuk membuktikan anak beliau betul-betul dinamakan Erra Fazira.
“Kerana terlalu meminati filem tersebut, saya menonton cerita yang dibintangi pelakon kesayangan saya berulang kali di pawagam.
“Tiket wayang yang agak mahal jika dikira pada masa itu tidak menjadi penghalang,” beliau memberitahu TVS.
Salah seorang peminat setia Ziana Zain, Halimah Abdullah , 49, megatakan beliau meminati Ziana Zain sejak zaman remajanya sehingga kini dan telah mengikuti semua perkembangan artis pujaannya itu melalui laman sosial media seperti Instagram.
“Dulu saya kumpul gambar-gambar Ziana Zain daripada majalah dan melekatkannya di loker asrama.
“Bagi saya Ziana artis yang lain dari yang lain- siapa yang mampu menarik suara sepertinya? Lagu Madah Berhelah dan Puncak Kasih, tiada siapa boleh nyahyi sebaik Ziana, dia ada originaliti dia tersendiri.
“Watak penggodanya dalam filem Sembilu memang diingati Hingham sekarang termasuklah watak Mariana dalam Maria Mariana,” katanya.