Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Haryati Ahmad ketika ditemui oleh TVS hari ini. Foto: TVS

Kerajaan digesa teliti harga barang, semakin naik

KUCHING, 15 Dis: Isu kenaikan harga barang yang berlaku sejak akhir-akhir ini terutama barangan basah diakui kesan kepada orang ramai.

Tinjauan TVS  di sekitar kawasan kedai runcit di India Street Kuching hari ini bertujuan untuk mendapatkan reaksi dan pandangan penggunan mengenai harga barangan terkini mendapati rata-rata para pengguna menerima situasi ketika ini dengan baik.

Menurut Fatimah Abdullah, 64, dirinya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa membeli barang basah di pasaran dengan harga yang sedia ada.

“Sekarang barang basah sangatlah mahal seperti harga ayam, ikan dan semuanya sudah naik. Dulu harga ayam per kilogram(kg) hanya berapa sahaja, sekarang sudah ada yang mencecah RM16 dan RM17 perkg tetapi terpaksa dibeli juga kerana mahukan yang segar,” katanya.

Sementara, Indra Kadir, 48, dari Kampung Lintang menyedari hakikat kenaikan harga barang namun berharap ia bertepatan dan mampu milik dengan gaji pada masa kini.

“Kalau di kawasan India Street ini senang cari barang tetapi kalau di kawasan perkampungan susah sedikit dan harganya mahal. Ia tidak berbaloi dengan gaji B40,” ujarnya sambil mengakui sebagai penduduk yang mendiami kawasan kampung harga barangan sewajarnya ditawarkan dengan lebih berpatutan.

Berpandangan yang sama diluahkan oleh suri rumah, Haryati Ahma memandangkan harga pasaran tidak menentu dan berharap agar penyelarasan harga ditetapkan.

“Bagi saya yang berasal dari Saratok, harga barangan di Saratok dengan di sini tidak sama dan ada yang mahal. Contohnya telur, sayur dan ikan mempunyai harga yang mahal kerana kos pengangkutannya ke Saratok. Barangan lain seperti makanan ringan seperti mi pula dijual dengan harga yang lebih kurang sahaja. Kalau boleh harga perlulah diselaraskan di semua kawasan tidak kira luar bandar dan kawasan bandar,” katanya.

Melihat kepada situasi semasa, rata-rata orang ramai berharap pihak kerajaan meneliti perkara ini agar isu kenaikan harga barang tidak membebankan pengguna.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan