Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan dua kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjong Pais, Skrang dekat sini tengahari tadi. Foto: BBP Betong

Dua 4WD bertembung, seorang wanita cedera parah

BETONG, 15 Dis: Enam cedera termasuk seorang wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Tanjong Pais, Skrang, di sini tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah digerakkan ke lokasi kejadian pada jam 12.20 tengahari.

Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjong Pais, Skrang dekat sini tengahari tadi. Foto: BBP Betong.

Menurutnya, kemalangan melibatkan dua buah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sebuah Toyota Hilux di lokasi kejadian.

“Seorang penumpang wanita yang terperangkap dan cedera parah telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dari tempat duduk penumpang sebelah pemandu kenderaan Toyota Hilux,” katanya.

Pasukan Bomba sedang cuba mengeluar mangsa wanita yang tesepit di lokasi kejadian. Foto: BBP Betong.

Beliau berkata, lima lagi yang cedera ringan termasuk seorang lelaki yang memandu Toyota Hilux dan empat lagi termasuk dua lelaki dan dua wanita dewasa yang menaiki kenderaan Toyota Fortuner.

Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan