Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permandangan sisi di Lamin Dana, Mukah. Foto: Connie Grace (TVS)

Lamin Dana Mukah, meletakkan Sarawak pada peta dunia

ByConnie Grace

KUCHING, 15 Dis: Menjulang nama Sarawak dan Malaysia dalam peta dunia sebagai destinasi pelancongan, Lamin Dana di Kampung Tellian Tengah Mukah sinonim sebagai lokasi warga asing untuk mendalami kebudayaan etnik Melanau di negeri ini.

Teguh berdiri lebih 20 tahun, kediaman berkenaan telah dibangunkan oleh anak jati kampung itu iaitu Diana Rose, 57, serta keluarganya sejak tahun 1999.

Menurut anak saudara pemilik Lamin Dana, Diana Rosina, 24, rumah tradisional itu menyediakan tempat penginapan dalam konsep dua dalam satu (2 in 1) kepada para pelanggan.

Diana memberitahu penginapan yang disediakan membolehkan pengunjung menikmati pelbagai pengalaman menarik sepanjang menginap di rumah tradisional yang dipanggil Rumah Tinggi Melanau itu.

“Rumah tradisional ini dibina sejak 1993 dan dijadikan sebagai tempat pelancongan kerana di sini terdapat Jerunai (Keranda Gantung) dan pengunjung boleh melihat pameran peninggalan lama nenek moyang dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Diana mendedahkan inisiatif mewujudkan Rumah Tinggi Melanau berkenaan merupakan projek persendirian pihak keluarganya yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara adat serta budaya warisan kaum Melanau.

Selain itu, katanya Lamin Dana yang berkeluasan satu hektar turut dilengkapi rumah inap dengan kemudahan dua bilik keluarga dan 8 bilik standard berserta pengunjung juga disajikan dengan persembahan daripada penari dari kampung itu.

Katanya lagi, kebanyakkan pengunjung yang datang ke Rumah Tinggi berkenaan rata-rata dari Itali dan Jerman termasuk pengunjung tempatan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found