Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Shafie (tengah) menerima cenderamata daripada Michael pada kunjungan hormat di kediamannya. Foto: WARISAN

Perjanjian antara parti kerajaan perpaduan dimeterai esok

KOTA KINABALU, 15 Dis: Parti politik yang menyokong kerajaan perpaduan akan mengadakan pertemuan esok hari bagi memeterai perjanjian kerjasama, kata Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang mengesahkan akan hadir pada pertemuan itu nanti memberitahu ia sebagai usaha menyokong kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Shafie berkata, sudah tiba semua pihak mengurangkan aktiviti berpolitik sebaliknya fokus mengatasi masalah ekonomi yang membelenggu rakyat dan negara pada ketika ini.

“Kita akan mengadakan perjumpaan pada Jumaat ini untuk menandatangani perjanjian antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan parti lain, saya akan hadir pada ketika itu.

“Ini adalah keutamaan kita, kurangkan berpolitik yang penting kepada kita adalah membawa perkara-perkara sewajarnya di landasan sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata selepas menerima Kunjungan Hormat Wakil Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Timbalan Kerua Perwakilan, Michael Newbill di kediamannya di sini, hari ini.

Jelasnya, ketahanan negara ini dalam mendepani isu ekonomi yang dilihat lebih mencabar pada tahun hadapan sangat bergantung kepada kestabilan pentadbirannya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna mahu kestabilan politik di peringkat Persekutuan dapat dicapai di peringkat negeri Sabah.

“Pergolakan politik yang berlaku kebelakangan ini sangat membimbangkan, walaupun kita tahu Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat sudah diluluskan di peringkat Persekutuan tetapi amalan ini masih diamalkan dan menimbulkan ketidakstabilan.

“Saya melihat masih ada usaha mahu menarik wakil rakyat WARISAN dan ini perlu dihentikan kerana tidak membawa kebaikan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan