Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Kadim (tiga kiri) bergambar besama pelajar unimas ketika melawat tapak festival makanan yang diadakan semperna sambutan ulang tahun ke-30 Unimas di Kota Samarahan. Foto: TVS

UNIMAS lahirkan 50,000 graduan sejak 1992

KOTA SAMARAHAN, 14 Dis: Lebih 50,000 graduan dihasilkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam pelbagai bidang sepanjang 30 tahun penubuhannya di Sarawak.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, sepanjang tempoh tersebut, UNIMAS juga turut menempa nama bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa.

“Kita juga telah menjalinkan kerjasama di semua benua di dunia dalam beberapa disiplin khususnya dalam bidang biodiversiti, bidang tenaga diperbaharui, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) , penglibatan Sosial dan Sains Sosial.

“Kita telah membina kekuatan dan membina jalinan dan kejayaan dalam bidang berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang tahun ke-30 UNIMAS.

Beliau berkata, UNIMAS akan terus memperkasa serta memperkuatkan sumbangannya sama ada di peringkat kebangsaan serta global.

Ia menerusi pencapaian serta jalinan kerjasama dalam bidang termasuk penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dengan rakan industri serta rangkaian kerjasama di luar negara.

Usaha itu katanya, selari dengan harapan mahu menjadikan UNIMAS sebagai sebuah jenama global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan