Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paulus Palu Gumbang menyerahkan sumbangan Hari Natal kepada salah seorang penerima hari ini. Foto: TVS

Paulus harap Kerajaan Perpaduan terus perkasa pembangunan luar bandar

LIMBANG, 14 Dis: Program pembangunan luar bandar di Sarawak termasuk di utara negeri ini perlu diperkasakan dan diberi tumpuan menyeluruh Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, masih banyak lagi keperluan penduduk di luar bandar yang perlu diutamakan termasuk kemudahan Bekalan Elektrik dan Bekalan aAir Luar Bandar (BALB) jaringan jalan raya, kemudahan sekolah, telekomunikasi dan kemudahan lain.

Paulus berkata, kemudahan asas tersebut amat diperlukan penduduk di kawasan luar bandar termasuk di konstituensi Batu Danau yang masih jauh ketinggalan terutama dalam menikmati kemudahan asas menyeluruh.

Kemudahan ini katanya, perlu dilaksanakan dengan berkesan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar setanding dengan penduduk di bandar.

“Kita berharap dengan menyertai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan banyak lagi projek-projek pembangunan yang akan masuk ke kawasan bukan saja kawasan Parlimen Limbang, malahan juga seluruh Sarawak kerana kawasan kita merupakan kawasan luar bandar.

“Kita masih memerlukan banyak projek-projek infrastruktur seperti jalan, bekalan air, bekalan elektrik, infrastruktur jalan raya, malahan bekalan air kita masih jauh ke tinggalan,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sosial Korporat (CSR) Lee Ling Timber Sempena Hari Natal Di Dewan Bunga Raya hari ini.

Turut sama ialah Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd, Kenneth Chieng Siong Woo.

Menurutnya lagi, pembangunan luar bandar perlu menjadi fokus utama dengan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur asas secara berterusan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Harapan kita ialah lebih banyak lagi peruntukan dari segi pembinaan projek pembangunan akan kita peroleh daripada Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini,” katanya lagi.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, dan juga kita ucapkan tahniah kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana telah bersetuju dan akur nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk menyertai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan