Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Foto: Awang Azmil (TVS)

KKM siasat kes kematian bayi dalam bas

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Dis: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat kes kematian bayi  dalam sebuah bas ketika dalam perjalanan dari Pekan Julau ke hospital di Kuching pada 5 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya terlebih dahulu perlu mencari pesakit berkenaan bagi mendapatkan data penuh sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Baca artikel berkaitan >>>>> Kadar kelahiran di Sarawak rendah – Dr Sim

“Ini adalah kes yang luar biasa jadi kami perlu menyiasatnya terlebih dahulu. Kami masih belum dapat mencari pesakit namun saya rasa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sedang berusaha mendapatkan perincian kes sebelum kami membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan Academy for Silent Mentor (AFSM) Tripartite 2022 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham mengingatkan penjaga mahupun pesakit merujuk kepada Klinik Kesihatan berdekatan terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan dengan segera.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah sebelum ini turut menggesa ibu bapa untuk mendapatkan bantuan daripada klinik atau hospital berhampiran jika anak mereka memerlukan rawatan perubatan segera.

Terdahulu, tular sebuah video berkaitan seorang ibu yang ingin membawa anaknya yang sakit ke sebuah hospital di Kuching dari satu pekan kecil di Julau.

Namun, bayi berkenaan disedari telah meninggal dunia ketika berhenti di sebuah kawasan rehat di Jelukong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan