Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr Madeline Berma menyifatkan pengumuman kerajaan dapat mengurangkan beban rakyat dalam mendepani cabaran negara ketika ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Subsidi tarif elektrik kurangkan beban rakyat

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hasrat kerajaan tidak meneruskan kenaikan tarif elektrik mampu mengurangkan beban rakyat.

Pakar Ekonomi, Dato Dr Madeline Berma berkata, langkah itu bertepatan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat meskipun kerajaan terpaksa menanggung jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu yang dijangka mencecah RM30 bilion.

“Ini pastinya satu kelegaan untuk rakyat dan syarikat tempatan sebab kos elektrik ini sangat tinggi untuk isi rumah dan syarikat tempatan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam pada itu Madeline turut berpandapat bahawa pengumuman itu dapat meningkatkan keuntungan syarikat tempatan yang tidak dikenakan kepada mereka.

“Ini satu langkah yang baik untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan kita dapat meningkatkan keuntungan mereka,” ujarnya.

Madelline juga tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan itu juga akan menjejaskan fiskal kewangan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan