“Terpaksa ku undur diri” antara bait lirik dalam lagu “Putus Terpaksa” (nyanyian asal Ziana Zain) seolah-olah memberi bayangan tersingkirnya peserta TVSTARZ, Lydbie dari konsert kedua semalam.
Sebelum ini pun, Lydie memang sudah dari awal menghadapi kesukaran untuk membawa lagu itu dalam sesi latihan kelas vokal bersama guru vokal Dewi Seriestha sehingga tidak dapat menahan emosi.
Beliau yang menduduki tangga tercorot dengan 135 markah keseluruhan daripada ketiga-tiga juri iaitu 66 markah daripada Yudhi Seriestha, 47 markah daripada Ernie Zakri dan hanya 22 markah daripada Amir Jahari seolah-olah pasrah dengan keputusan tersebut apabila kelihatan tidak terkejut dengan penyingkiran beliau.
Ernie menyifatkan lagu tersebut terlalu besar untuk dibawa oleh Lydbie malah menyatakan beliau sendiri akan berfikir dua kali untuk membawa lagu sebesar Putus Terpaksa. Amir yang sememangnya dikenali sebagai juri yang “menyeramkan” dengan kelantangan krikitannya berpendapat bahawa Lydie kelihatan seolah-olah “trying too hard to impress” dan sepatutnya lebih menyedari keupayannya.
Dari segi penghayatan pula, dia dikatakan tidak konsisten oleh juri tetap Yudhi Seriestha.
Konsert semalam juga nampaknya telah memperkenalkan seorang perserta dari The Challnger Team iaitu Alicia Spencer yang membawa lagu Sonata Musim Salju nyanyian asal Hazami.
Pesanan khas buat Valerie oleh penyanyi asal lagu Sekadar di PInggiran, Francesca Peter seolah-olah memberi semangat kepadanya apabila dia menduduki tangga teratas dalam carta dengan 224 markah.