Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan yang disita dalam serbuan terbabit. Foto: BSJND Miri

Lelaki disyaki edar dadah ditahan di Miri

MIRI, 13 Dis: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Bayshore dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri sekitar jam 7.15 malam.

“Hasil pemeriksaan pasukan serbuan di sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah itu menemui satu bungkusan plastik mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 93 gram dianggarkan bernilai RM9,300 mengikut pasaran semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujarnya, polis turut menyita sebuah kereta berwarna perak dianggarkan bernilai RM14,000 dalam serbuan tersebut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Beliau menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah supaya segera melaporkannya ke balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan diambil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan