Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hampir 3,000 Pelarian Myanmar Masih Berada Di Zon Sempadan Thailand

BANGKOK – Kira-kira 3,000 pelarian Myanmar, yang melarikan diri ke Thailand selepas pesawat tentera menyerang perkampungan berhampiran sempadan yang dikawal  sebuah kumpulan etnik bersenjata, masih berada di zon sempadan itu di bawah kawalan  askar Thailand, lapor  Sputnik memetik laporan media pada Isnin.

Pada malam Ahad, jet pejuang Myanmar melancarkan tiga serangan udara, mengakibatkan tiga penduduk terbunuh dan lebih sepuluh lagi cedera. Serangan itu menyasarkan anggota Karen National Union (KNU), kumpulan bersenjata yang menguasai wilayah tenggara, memaksa hampir 3,000 orang melarikan diri.

Menurut PBS Thailand, pelarian yang masuk sejauh beberapa kilometer ke dalam wilayah Thailand diarahkan kembali ke zon sempadan oleh  pihak berkuasa Thailand .

Laporan media lain yang memetik  aktivis hak asasi manusia menyatakan , tentera Thailand memaksa pelarian untuk pulang ke Myanmar, manakala jet pejuang Tentera Udara Myanmar terus mengawal ruang udara untuk memburu anggota KNU.

Selepas rampasan kuasa tentera di Myanmar pada 1 Februari, negara itu menyaksikan bantahan ganas dan pertempuran  antara pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang rejim tentera.

Konflik bersenjata antara etnik Karen dan kerajaan Myanmar tercetus sejak 1949, selepas Myanmar memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom, dan sudah berlarutan  selama lebih 50 tahun.

Mencari hak autonomi dan budaya, KNU terbabit dalam perang saudara dan siri pemberontakan etnik menentang kerajaan. 

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan