Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat NACCOL. Foto: Fath Rizal/Pejabat Perdana Menteri

Rangka subsidi bersasar, manfaatkan golongan memerlukan – Anwar

ByMuqri Aziz

PUTRAJAYA, 13 Dis: Jabatan-jabatan kerajaan harus merangka serta membangunkan wahana yang bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia seharusnya menyalurkan semula subsidi pukal yang memberi manfaat kepada golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus dari angka itu yakni satu juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih daripada 50 peratus subsidi elektrik.

“Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan dalam Mesyuarat NACCOL hari ini yang mengupas isu, tentangan dan strategi secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Perladangan dan Komoditi,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).

Mesyuarat itu dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri berkaitan dan Ketua Setiausaha Negara serta pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan yang diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Pada masa yang sama, kerajaan juga konsisten dalam membangunkan dan mendukung pembangunan industri yang mampan.

“Sektor penternakan negara telah lama mencapai tahap yang mampan untuk memenuhi permintaan tempatan dan berupaya untuk mengeksport.

“Kerajaan berhasrat untuk memudahkan industri ini untuk mengeksport ke luar produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan