Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Foto: Bernama

KKM mula inisiatif pemberian tuala wanita percuma, tangani kemiskinan haid

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Dis: Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memulakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata sebagai permulaan, inisiatif itu akan mula dilaksanakan di Pejabat Menteri di Bangunan KKM dalam masa terdekat.

“Kita buat di pejabat menteri (dulu) selepas itu (bakal dilaksana) di seluruh kementerian (KKM)… dan seterusnya kita akan bekerjasama mungkin antara agensi dan kementerian lain yang mungkin akan melihat khusus pada kemiskinan haid ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini pada Isnin.

Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan cadangan bagi meneruskan pemberian tuala wanita percuma seperti yang telah dilaksanakan dalam Belanjawan 2022, beliau berkata perkara itu akan diteliti untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2023.

Sebelum ini, kerajaan telah memberikan bantuan bulanan kit asas kebersihan diri secara percuma kepada 130,000 remaja wanita B40 seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2022, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap isu kemiskinan haid di Malaysia yang berada pada tahap membimbangkan.

Kerajaan Selangor menerusi pembentangan Belanjawan 2023, telah memperuntukkan RM200,000 bagi memberdaya kaum wanita, termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma, menjadikan Selangor negeri pertama memberikan tuala wanita percuma.

Sementara itu, penggunaan teknologi kamera badan dalam pelaksanaan tugas Penguatkuasa Kementerian Kesihatan yang ditampil dalam sesi simbolik pemakaian hari ini, bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan tugas.

“Pemakaian kamera badan kepada pegawai penguatkuasa juga dapat memelihara integriti dan meningkatkan imej Kementerian Kesihatan,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian itu.

Dr Zaliha berkata ia akan digunakan semasa operasi penguatkuasaan, bagi mengatasi isu ancaman dan halangan yang dilaporkan berlaku ke atas pegawai penguatkuasa oleh penjual atau pemilik premis dan orang awam, yang antaranya membabitkan ugutan bunuh, cubaan memukul dengan batang besi, ancaman lisan dengan kata-kata kesat serta cubaan memberi rasuah.

Justeru, beliau berkata pemakaian kamera badan itu diharap membantu dari segi pembuktian atau bukti balas yang sewajarnya, untuk anggota penguatkuasa yang berisiko ditohmah dan difitnah dengan pelbagai tuduhan ketika menjalankan operasi penguatkuasaan.

Dr Zaliha berkata simbolik pemakaian kamera badan hari ini melibatkan Program Perkhidmatan Farmasi dan Program Kesihatan Awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan