Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah. Gambar fail.

110 permohonan DSITKS diterima, usaha sebar maklumat mengenainya ditingkatkan

SIBU, 13 Dis: Sejumlah 110 permohonan Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS) diterima sejak program ini dibuka pada 1 November lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya berharap lebih ramai yang akan tampil kerana ini penting bagi membolehkan kanak-kanak tanpa kerakyatan dapat bersekolah.

“Saya rasa bilangan itu (110 permohonan) tidak mencerminkan bilangan yang sebenarnya dan sebab itu kami menganjurkan Jerayawara Inisiatif DSITKS. Saya mahu mendapatkan seramai boleh kanak-kanak tanpa kerakyatan,” katanya ketika berucap pada jerayawara itu di sini pada Isnin.

Menurutnya, jerayawara diadakan bagi menyebar informasi dan menguar-uarkan inisiatif Kerajaan Sarawak kepada ketua masyarakat tentang tatacara, proses kerja dan senarai semak permohonan untuk memastikan pengurusan permohonan dan pengeluaran DSITKS berjalan lancar.

DSITKS merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak mulai tahun ini bagi individu yang berumur bawah 21 tahun tanpa kerakyatan dengan tujuan golongan terbabit mendapat akses kepada kemudahan pendidikan dan kesihatan.

DSITKS hanya boleh digunakan di Sarawak.

Beliau menjelaskan hanya mereka yang telah memohon kewarganegaraan di bawah Perkara15A Perlembagaan Malaysia boleh memohon untuk dokumen sementara tersebut yang sah untuk tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, beliau berkata DSITKS boleh dilanjutkan sekiranya pemegang masih gagal mendapatkan kerakyatan dalam tempoh dua tahun tersebut. 

DSITKS bukan satu dokumen kewarganegaraan atau janji untuk pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia.

Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Daerah yang berdekatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan