Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kemenangan Kali Ke-2 di Peringkat Antarabangsa bagi Filem Indie “Belaban Hidup: Infeksi Zombie”

KUALA LUMPUR: Filem indie, ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ sekali lagi meraih kejayaan di peringkat antarabangsa apabila memenangi kategori Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia, semalam.

Ini sekaligus menjadikan kemenangan tersebut kemenangan kali kedua di peringkat antarabangsa bagi filem tersebut.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah memberikan ucapan tahniah kepada penerbit dan pengarah filem tersebut setelah memenangi
kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021.

Bersyukur di atas kemenangan itu, penerbit dan pengarahnya Ray Lee, 45, melahirkan perasaan bangga kerana dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Ini adalah kemenangan semua. Terima kasih di atas pengiktirafan ini.

“Kami berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua penggiat filem muda lain supaya tidak berputus asa menerbitkan karya kreatif demi mengharumkan nama negara,” katanya kepada Bernama.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan