KUCHING, 11 Dis: Buat pertama kalinya tampil menemui peminat di Sarawak penyanyi Indonesia, Danilla Riyadi mengakui teruja dan pada masa sama gembira dengan sambutan meriah yang diberikan peminat.
Katanya dia tidak menyangka mendapat sambutan yang begitu meriah apabila membuat persembahan di hari pertama pentas konsert Sunbear Music and Arts Festival 2022, pada Jumaat lepas.
âIni adalah kali pertama saya dan saya tidak menyangka mereka (pengunjung) turut serta menyanyi dan berseronok bersama. Ia membuatkan saya gembira,â kata Danilla ketika ditemui pemberita TVS pada acara tersebut, di Kampung Budaya Sarawak.
Menyaksikan sambutan di luar jangka, Danilla berharap berpeluang untuk membuat persembahan di Sarawak pada masa akan datang.
Selain itu Danilla mendedahkan perancangannya selepas ini adalah ingin menerbitkan sebuah muzik video.
âSaya tiada perancangan untuk mengeluarkan lagu baharu tetapi mungkin ada untuk muzik video baharu, tetapi saya belum lagi merakamnya,â jelas Danilla.
Danilla Riyandi adalah seorang penyanyi dan pelakon Indonesia dan telah mula aktif bergiat dalam industri nyanyian sejak tahun 2010 serta pernah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah âBest New Actâ oleh Rolling Stone Indonesia dan Anugerah Album Pilihan Indonesia 2018.
Baru-baru ini, artis yang berusia 32 tahun itu mengeluarkan album ketiganya, âPop Seblayâ. – TVS