England terpaksa berputih mata apabila sepakan penalti Harry Kane pada saat-saat genting jauh melepasi palang gol.
Perancis bakal berdepan Maghribi yang mengalahkan Portugal 1-0, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.
Gol pertama dihasilkan pada minit ke-17 apabila rembatan Antoine Griezmann berjaya membolosi gawang membolehkan Perancis mendahului 1-0.
England cuba bangkit pada babak kedua perlawanan dan memperoleh penalti selepas Bukayo Saka dijatuhkan.
Kapten Kane berhasil menyudahkan sepakan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-54 dan menjaringkan gol ke-53 England, menyamai rekod Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak bersama Three Lions.
Kane berpeluang membawa permainan ke masa tambahan apabila England diberikan satu lagi penalti, namun rembatan ketua pasukan England itu jauh tersasar.
Harapan England terus terkubur apabila percubaan Marcus Rashford gagal disempurnakan. -TVS