Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman untuk Festival Seni Budaya Sarawak di Dewan Suarah pada malam Sabtu. Foto TVS.

Tabung Pemudahcara Warisan rangsang pulih sektor warisan, seni dan budaya Sarawak

MIRI, 11 Dis: Tabung Pemudahcara Warisan, Kesenian danĀ  Kebudayaan Sarawak telah dilancarkan April lepas bagi merangsang pemulihan sektor warisan, seni dan budaya Sarawak selepas pandemik.

Ia bagi memberi dana kepada mana-mana persatuan kaum di Sarawak apabila menganjurkan aktiviti yang melibatkan seni, warisan dan kebudayaan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting berkata, kementerian beliau fokus kepada lima perkara iaitu budaya, pengembaraan, alam, makanan dan festival apabila hendak mempromosikan Sarawak.

Datuk Sebastian Ting bergambar bersama wakil-wakil dari persatuan yang terlibat semasa Festival Seni Budaya Sarawak di Dewan Suarah. Foto TVS.

ā€œDalam kementerian kita, kita sentiasa cuba mempromosikan lima perkara, C.A.N.F.F di Sarawak, dengan C untuk kepelbagaian budaya (cultures). Kita memang ada banyak budaya. A kita ada banyak pengembaraan (adventures) di Sarawak. Semestinya, N untuk alam (nature). F untuk makanan (food), makanan yang berbeza dari kumpulan etnik berbeza dan seterusnya, festival yang berbeza,ā€ katanya di Majlis Perasmian Festival Seni Budaya Sarawak di Dewan Suarah di sini, malam tadi.

Katanya, usaha ini bukan sahaja untuk mempromosi sektor pelancongan, tetapi supaya orang ramai dapat mempelajari lebih mendalam mengenai budaya dari pelbagai etnik di Sarawak.

ā€œSaya hendak melihat Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan untuk datang bersama bagi memastikan untuk mempromosi bukan sahaja untuk pelancongan kita tetapi kita juga mempromosi aktiviti sebegini supaya ramai orang mengetahui budaya dan adat resam kaum dan etnik lain. Dengan berbuat demikian, ia sangat menarik untuk mempelajari budaya tambahan,ā€ katanya lagi.

Melihat kepada perkara itu, Persatuan Cina Sarawak mengumpul 18 persatuan dari etnik berbeza telah memohon tabung tersebut dan berjaya bersama-sama mengadakan Festival Seni Budaya Sarawak di Miri pada Sabtu dan Ahad ini.

Tabung Pemudahcara Warisan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak ini perlu dimohon selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Oktober apabila hendak melakukan aktiviti warisan, seni dan budaya pada tahun yang sama, sekiranya dimohon selepas Oktober, permohonan tersebut akan dibawa kepada tahun yang seterusnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan