Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang mengangkat sumpah hari ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Pelantikan Ahli Parlimen GPS kukuhkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Dis: Pelantikan enam Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan mengukuhkan lagi sokongan parti dominan dari borneo itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, ini juga memberi keyakinan bahawa Sarawak mempunyai pelapis pemimpin yang berbakat daripada pelbagai latar belakang yang terdiri daripada golongan profesional.

“Ini mengukuhkan lagi sokongan GPS terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim kerana kita dapat melihat bahawa pemimpin DAP Sarawak tidak mendapat tempat dan tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri.

“Saya berpandangan ini akan menguatkan lagi sokongan Kerajaan Perpaduan”, katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Awang Azman menyifatkan keputusan Perdana Menteri ke-10 itu juga dapat meneguhkan kestabilan politik negara sekali gus mampu memastikan tempoh penggal Kerajaan Perpaduan dalam masa lima tahun akan datang dapat dipertahankan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan seramai enam Ahli Parlimen GPS dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Tun Taib (Timbalan Menteri Ekonomi) serta Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pengangkutan).

Turut dilantik ialah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni sebagai Timbalan Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) dan Ahli Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii (Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan