Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan mangsa dan motosikal ditunggang selepas melanggar seekor kerbau. Foto: IPD Lahad Datu

Rider maut langgar kerbau

LAHAD DATU, 10 Dis: Seorang penghantar syarikat kurier maut selepas motosikal ditunggang  melanggar seekor kerbau di Jalan Felda Sahabat 6 di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa yang berusia 22 tahun menunggang motosikal Honda RS150 dari arah Felda Sahabat 7 ke Felda Sahabat 2.

Menurutnya, mangsa difahamkan melanggar seekor kerbau daripada kumpulan tiga ekor kerbau yang melintas jalan.

“Mangsa tidak sempat mengelak kerana berada pada jarak yang terlalu dekat, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu Rohan menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mementingkan keselamatan masing-masing.

“Dalam masa sama pemilik haiwan ternakan juga disaran agar lebih bertanggungjawab untuk mengawal ternakan masing-masing agar tidak memasuki jalan raya yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan