Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Ladang Derawan Jalan Pesisir BIntulu-Miri awal pagi tadi. Foto: BBP Samalaju

Kereta dipandu terbakar langgar pembahagi jalan, pemandu selamat

BINTULU, 10 Dis: Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Ladang Derawan Jalan Pesisir BIntulu-Miri awal pagi tadi.

Mangsa yang bekerja sebagai pekerja kilang berusia 31 tahun dikatakan sempat keluar menyelamatkan diri sebaik melihat bahagian enjin kereta jenis Proton Saga dipandu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Hashim Norshidi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.40 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian jam 4 pagi, pasukan BBP Samalaju mendapati sebuah kereta sedang terbakar di lokasi kejadian kira-kira 30 kilometer dari balai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota Bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk memadam sehingga api berjaya dikawal pada jam 4.10 pagi.

Akibat kebakaran itu, katanya, kereta tersebut terbakar sepenuhnya manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 4.21 pagi setelah pasukan Bomba memastikan keadaan sekeliling di tempat kejadian benar-benar selamat,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan