Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghulu Leonard Fung (lima kiri) pada majlis makan malam sempena Minggu Kraf Terbaik Sarawak. Foto: TVS

Industri kraf tangan terus diberi peluang untuk berkembang

MIRI, 9 Dis: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak melalui Majlis Kraf Sarawak komited untuk merangka program di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan inisiatif lain bagi mengembangkan industri kraftangan, seterusnya memberi manfaat kepada komuniti tempatan dan negeri.

Pihak kementerian menyasarkan untuk mencapai pendapatan sekurang-kurangnya RM183.6 juta daripada hasil jualan produk kraf sarawak, selain meningkatkan jumlah pengusaha kraf berdaftar yang aktif daripada 1,143 orang setakat ini kepada 2,000 menjelang tahun 2030.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan menyediakan program bagi mengasah kemahiran pengeluaran, kualiti produk dan keusahawanan.

“Antara inisiatif lain yang dirancang termasuk menganjurkan program pembangunan kapasiti dan penyantunan untuk meningkatkan kemahiran pengeluaran, kualiti produk dan keusahawanan.

“Kedua, untuk bekerja rapat dengan agensi lain, organisasi kerajaan dan individu pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa, dalam membangunkan dan mempromosikan produk kraf berkualiti tinggi pada peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Penghulu Leonard Fung pada majlis makan malam sempena Minggu Kraf Terbaik Sarawak di sini pada Khamis malam.

Pada majlis ini juga menyaksikan majlis menandatangani antara Batik Linut Sdn Bhd dengan wakil-wakil agensi dan pengusaha bagi terlibat sama mengembangkan industri kraf tangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan